05 December 2009

wanita - permata antara kaca

Lihatlah panorama dunia,

wanita bagaikan hilang rasa malunya..

MARUAH yg menjadi maharnya,

tergadai sia bagai tiada berharga..

dimanakah budinya, dimanakah akhlaknya,

sungguh pilu dan sayu mengenangkannya...

SANTUN tiada lagi,

NAFSU memimpin hati,

kehormatan diri tidak dipeduli..

Oh Wanita.. mari menginsafi..

kepada asal usul kejadianmu...

diciptakan untuk dihormati..

sentiasa diredhai tuhan pencipta..

kembali kepadaNYA dan juga Rasulnya..

pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya..

wanita.....

kembalilah ke arah kemuliaan..

contohi peribadi ummul mukminin..

Rasulullah dijadikan suami..

tertawan kerana keluhuran pekerti..

bukan kerana harta, bukan kerana nama...

tapi kerana budi yg disanjungi..

KEMBALILAH......

wanita hiasan dunia..

bagai hilang PERMATA ANTARA KACA..

sayangnya makin pudar cahaya...

hingga tiada lagi beza antaranya......


p/s: buat diriku yang baru belajar untuk meningkatkan iman.. =)



0 ulasan: