18 May 2010

Sedih.... Adegan seks ustazah di asrama pelajar

Adegan seks ustazah di asrama pelajar


SALAH satu aksi seorang ustazah bersama pasangannya dalam rakaman video yang tersebar baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

by: KOSMO!


ustazah pun wat cmni....apatah lg manusia yg xdak agama.. Ya Allah.. Ummat makin sakit....

14 May 2010

KTMB yg Kuharapkan.. =)

Tahniah diucapkan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas inisiatif memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter yang mula beroperasi sejak 28 April yang lepas.

Langkah ini sememangnya amat kena pada masanya kerana dapat memberikan keselesaan, bukan sahaja untuk penumpang wanita, bahkan juga kepada penumpang lelaki yang selama ini terpaksa bersesak-sesak di dalam komuter khususnya ketika waktu puncak.

Inisiatif pengasingan gerabak itu juga diharap dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita, meskipun diakui bahawa langkah tersebut bukanlah satu penyelesaian mutlak. Masalah demikian sebenarnya hanya akan dapat diatasi melalui usaha mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam.

Pengwujudan gerabak khas wanita ini diyakini akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak (win-win situation), baik untuk para penumpang mahupun pihak KTMB sendiri. Penumpang-penumpang dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa manakala imej dan mutu perkhidmatan KTMB pula akan meningkat, sekaligus menarik lebih ramai orang awam untuk menggunakan perkhidmatan komuter.

Apa pun, inisiatif KTMB ini wajar disambut baik kerana bersesuaian dengan seruan Islam agar kaum wanita diberi penghormatan dan perlindungan yang sebaik-baiknya. Diharapkan juga agar para pengusaha pengangkutan awam yang lain dapat mencontohi langkah tersebut demi manfaat seluruh masyarakat.


by: www.ismaweb.net

piala Thomas..

hmmm.. semangat jugak ak dengan piala Thomas ni..

maklumla...

ak pun peminat no 1 sukan badminton ni..

harap Malaysia bley pegi ke final..

tp mungkin sukar..

maklumla, jumpa pasukan handalan...

China..

tp ak sentiasa doakn yang wakil negaraku ni..

biar la pa org nak kta pun..

yg penting ak still Rakyat Malaysia..hehe

Go Malaysia Go!


sem baru..

ak dah msuk sem baru skang..

sem 6..

tp seminggu ak kat cni.. satu pa pun ak x blaja lg..

mklumlah.. fakulti baru, first batch plak tu.. so, lectrer pun kurang..

tp tarak pa.. ak bley tido memanjang..hahaha..

pointer sem lepas agak jatuh skit.. kuat main kot..hehe

tp xpa, insyaAllah..

sem ni ak pulun blik..

sem akhir la ktakan..

lepas tu praktikum..

lepas tu.....

ak pun x tau mna hala tuju.. mgkin further study insyaAllah..

pray for me =)