14 May 2010

KTMB yg Kuharapkan.. =)

Tahniah diucapkan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas inisiatif memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter yang mula beroperasi sejak 28 April yang lepas.

Langkah ini sememangnya amat kena pada masanya kerana dapat memberikan keselesaan, bukan sahaja untuk penumpang wanita, bahkan juga kepada penumpang lelaki yang selama ini terpaksa bersesak-sesak di dalam komuter khususnya ketika waktu puncak.

Inisiatif pengasingan gerabak itu juga diharap dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita, meskipun diakui bahawa langkah tersebut bukanlah satu penyelesaian mutlak. Masalah demikian sebenarnya hanya akan dapat diatasi melalui usaha mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam.

Pengwujudan gerabak khas wanita ini diyakini akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak (win-win situation), baik untuk para penumpang mahupun pihak KTMB sendiri. Penumpang-penumpang dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa manakala imej dan mutu perkhidmatan KTMB pula akan meningkat, sekaligus menarik lebih ramai orang awam untuk menggunakan perkhidmatan komuter.

Apa pun, inisiatif KTMB ini wajar disambut baik kerana bersesuaian dengan seruan Islam agar kaum wanita diberi penghormatan dan perlindungan yang sebaik-baiknya. Diharapkan juga agar para pengusaha pengangkutan awam yang lain dapat mencontohi langkah tersebut demi manfaat seluruh masyarakat.


by: www.ismaweb.net

0 ulasan: